Tuesday, March 13, 2012

5 sahabat didakwa cuba bunuh remaja

5 sahabat didakwa cuba bunuh remaja - Semasa - Sinar Harian:
bakar
‎SELAYANG - Lima sahabat termasuk dua beradik dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cubaan membunuh seorang remaja, yang tubuhnya melecur 80 peratus, di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor akhir bulan lalu.
Mohd Nazrul Md Noor, 25, dan adiknya, Mohd Nazrin, 22, serta tiga rakan mereka, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 22; Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21 dan Mohamad Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mereka didakwa cuba membunuh Muhammad Shahirudin Mohd Shauki, 20 dengan cara membakar mangsa menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat Mukim Sungai Tengi Gedangsa, jam 5.45 pagi, 26 Februari lalu.
Polis Selangor sebelum ini telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.   
Pendakwaan terhadap mereka dikendali Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Ridha memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh dengan alasan kecederaan mangsa yang serius.

"Mangsa tidak sedarkan diri sejak 26 Februari lalu (hari kejadian) dan kini beliau kritikal.

"Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh," katanya.

Bagaimanapun semua mereka merayu dibenarkan ikat jamin malah seorang daripadanya nafi mengenali mangsa.

Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan laporan perubatan dan lantikan peguam.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment