Tuesday, March 13, 2012

Kamal Hisham mohon jaminan keselamatan

Kamal Hisham mohon jaminan keselamatan - Nasional - Sinar Harian:
Kamal Hisham mohon jaminan keselamatan
SHAH ALAM - Seorang peguam, Kamal Hisham Jaafar memohon pihak keselamatan negara ini memberi jaminan keselamatan untuk pulang ke tanah air bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes melibatkan dirinya.

Menurutnya, sejak menerima ugutan bunuh pada September tahun lalu, Kamal Hisham takut untuk pulang dan bermastautin di Dubai bersama keluarganya.

“Saya ada menerima beberapa ugutan bunuh. Saya bersedia berkongsi maklumat ini dengan polis untuk membantu siasatan.

“Saya ingin pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan dan membuat laporan polis, tetapi ugutan bunuh membuatkan saya tiada pilihan selain menyelamatkan­ diri dan keluarga.

“Saya berharap kerajaan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dapat memberi perhatian serius kepada perkara ini. Saya ingin­ membersihkan na­ma saya kerana telah terlalu banyak tuduhan palsu dan tohmahan dibuat kepada saya,” katanya menerusi kenyataan­, semalam.

Kamal Hisham juga sudah menulis surat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai ugutan bunuh diterima dan memohon agar semua kes berkaitan dirinya dikendalikan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Terdahulu, Kamal Hisham didakwa di menyeleweng wang RM 660,000­ milik sebuah syarikat berpangkalan di Johor, Southern Ads Sdn Bhd.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment