Sunday, June 17, 2012

Apa pendapat anda?

KALAU sebelum ini MCA bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa operasi Lynas dijamin selamat kepada rakyat terutama yang duduk di sekitar kilang pemprosesan nadir bumi tersebut apabila menyedari bahawa kaum cina merupakan golongan yang ramai membantah kewujudan kilang tersebut, maka Presiden MCA, Chua Soi Lek terpaksa menukar pendiriannya.Dalam satu kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh akhbar milik MCA, The Star beliau bertegas membantah pengeluaran lesen Lynas oleh kerajaan sekiranya sisa buangan kilang tersebut tidak dibuang ke luar Malaysia.Inilah pemimpin flip flop sama seperti Najib Razak yang suka main sentimen politik bercanggah.Contohnya depan orang Melayu Najib kata DAP perkudakan PAS, tapi depan orang Cina, Chua Soi Lek kata PAS perkudakan DAP.
Sekarang ini BN terpaksa mencari negara-negara yang boleh diperbodohkan untuk menerima sisa buangan dari kilang Lynas di Malaysia.Adakah kata-kata Chui Soi Lek retorik sahaja demi menjaga hati kaum cina.Apa pendapat anda?
 

No comments:

Post a Comment