Sunday, June 17, 2012

Ummi Hafilda kata beliau telah menyerahkan "bukti baru" kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Ummi Hafilda kata beliau telah menyerahkan "bukti baru" kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan Rabu lalu.katanya SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu.Isu 3 bilon ini didedahkan Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu oleh Abdul Murad bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia,menyatakan akaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.TAHUKAH ANDA apabila siasatan oleh BPR ketika itu tidak ada sesuatu yang meyakinkan dan mendapati dakwaan itu tidak berasas atau sengaja direka-reka apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011.Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad.Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.ADAKAH ANDA percaya dengan bukti baru UMI HAFILDA ini?adakah anda setuju jika saya katakan UMI HAFILDA ini hanya cuba meraih perhatian dan popularity murahan??Apa komen anda?

No comments:

Post a Comment