Saturday, June 2, 2012

Bekas KSU Kementerian Tanah sertai Pas

Bekas KSU Kementerian Tanah sertai Pas - Politik - Sinar Harian:

Pas
Parti PAS
SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai Pas - pegawai kanan kedua menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dalam tempoh dua minggu ini.

Laporan Harakah Daily menyebut penyertaan beliau menyertai Pas menambah bilangan tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Zain menyandang jawatan Ketua Setiausaha kementerian dari 1998 hingga 2002.

Beliau menyerahkan borang menyertai Pas kepada Presiden Datuk Seri, Abdul Hadi Awang di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua minggu lalu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai parti itu.

Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online Rabu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya akan menerima penyertaaan ramai bekas pegawai kanan kerajaan.

Katanya, salah seorang daripada mereka adalah "bekas KSU" dan namanya akan diumumkan di Alor Setar sempena Perhimpunan Hijau.

Perhimpunan Hijau menggantikan muktamar tahunan yang ditangguhkan bagi membuat persiapan menghadapi PRU13.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment