Saturday, June 2, 2012

KBS guna wang tajaan bina pentas belia

Berita Harian Online | KBS guna wang tajaan bina pentas belia:
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membiayai kos persembahan pentas kumpulan Korea Selatan, K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia 2012, minggu lalu. 

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohid Mohamed dalam kenyataan semalam menegaskan kos untuk membawa tiga kumpulan itu oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) dibuat melalui wang tajaan diterima KBS daripada penaja.
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan swasta untuk menyelesaikannya,” katanya. 

Mohid berkata, KBS menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28 juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment