Saturday, June 2, 2012

Penduduk diminta hati-hati penyamun beruniform

Penduduk diminta hati-hati penyamun beruniform - Utara - Sinar Harian:
KULIM - Penduduk diminta berhati-hati dengan dua suspek samun dan pecah rumah beruniform seperti pegawai atau juru teknik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, sehingga kini suspek telah melakukan dua cubaan samun di dua kawasan antaranya Taman Seroja dan Lunas.

Katanya, suspek akan memakai uniform TNB dan meminta mangsa membuka pagar untuk pemeriksaan meter. Setelah pintu rumah dibuka, suspek akan meluru masuk ke dalam rumah untuk melakukan samun.“ Baru-baru ini TNB telah mengeluarkan arahan supaya pengguna dan penduduk di taman perumahan lebih berhati hati sekiranya didatangi dua pegawai TNB untuk membuat pemeriksaan pendawaian elektrik atau meter.

"Saya menasihatkan mereka supaya jangan keluar sebaliknya meminta mereka menunjukkan kad pengesahan. Selain itu, kita juga boleh menghubungi TNB Kulim untuk memeriksa sama ada TNB ada menghantar pegawainya untuk  membuat pemeriksaan," katanya.

Menurutnya selain Lunas dan Kulim, suspek ini telah melakukan beberapa jenayah samun di sekitar kawasan Sungai Petani. "Sekiranya suspek ini datang ke rumah dan dalam keadaan mencurigakan, penduduk boleh menghubungi balai  Polis Kulim atau mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi ahli PPKM," katanya.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment