Kementerian Belia dan Sukan memohon maaf sekiranya persembahan artis Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilapor berjanji bahawa pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

Drag race crash Shabery Cheek"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Beliau mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

NONEAhmad Shabery berkata, beliau menerima baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, sepanjang program lima hari itu, sebanyak 500 acara diadakan dan kemungkinan ada "beberapa acara perlu dilihat kembali" oleh kementerian.

Sebelum itu, beliau melawat mangsa yang cedera sewaktu menyaksikan aksi drag, di mana sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.