Sunday, June 3, 2012

Rumah Azmin diganggu lagi, polis masih siasat

Rumah Azmin diganggu lagi, polis masih siasat - Nasional - Sinar Harian:

Rumah Azmin diganggu lagi, polis masih siasat
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM - Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang didakwa membuat gangguan tiga hari berturut-turut di hadapan rumah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, setakat ini kejadian itu masih dalam siasatan.

“Kita belum merekodkan keterangan Azmin dan isterinya (Shamsidar Tahrin) bagi membantu siasatan.

“Masih terlalu awal untuk mengaitkan penglibatan parti politik dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bermotosikal membuat gangguan di hadapan rumah Azmin kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Kurang daripada 20 jam, satu lagi kumpulan pemuda didakwa belia Ampang berkumpul di hadapan rumahnya.

Dua kejadian itu dipercayai berlaku kerana mereka mahu Azmin menjawab dakwaan memiliki harta yang lebih ketika menjawat jawatan penjawat awam dan penyebaran gambar aksi lucah didakwa miripnya.

Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki aset dah harta melebihi pendapatan penjawat awam antara 1995 dan 1997 dijalankan semula.

Ketika itu, beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, adik Azmin, Ummi Hafilda turut mendedahkan dokumen sebahagian daripada aset yang dimiliki oleh abangnya dan Shamsidar dipercayai bernilai lebih RM30 juta.

Azmin dalam mesej Twitternya hari ini berkata, keluarganya berhadapan dengan gangguan buat kali ketiga hari ini.

Beliau sekali lagi mengaitkan kumpulan yang membuat gangguan dengan Umno.

"Budaya samseng Umno diteruskan dengan gangguan lagi pagi ini di rumah saya," kata Azmin.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment