Tuesday, June 5, 2012

Tentera Bebas Syria

Tentera Bebas Syria merupakan pasukan tentera yang terdiri daripada pimpinan dan juga tentera yang berpaling tadah daripada rejim Syria dan menyokong kebangkitan rakyat.

Sehingga kini, mereka merupakan tentera yang bertanggungjawab memelihara rakyat Syria daripada kekejaman rejim Basyar dan sekutunya. Mereka juga bertanggungjawab memelihara Syria daripada kerakusan rejim Basyar yang kelihatan semakin hari semakin kejam.

Walaupun Tentera Bebas Syria serba kekurangan dari sudut persenjataan, namun semangat jihad mereka jelas menggerunkan pihak rejim.

Teruskan berdoa untuk mereka agar doa kita menjadi pembantu kepada mereka berjihad dan berjuang menghadapi rejim Basyar yang begitu zalim.

Moga kemenangan menjadi milik rakyat Syria. Insya-Allah.

Nota : Untuk lebih jelas sila muat turun doa ini dan sebarkan.

No comments:

Post a Comment