Tuesday, July 24, 2012

Bersih 2.0 bukan NGO haram, kata mahkamah

Bersih 2.0 bukan NGO haram, kata mahkamah - Semasa - Sinar Harian:

BERSIH 2.0
Himpunan Bersih 2.0
KUALA LUMPUR - Mahkamah membenarkan permohonan Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengetepikan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dibuat Julai 2011, bahawa ia sebuah pertubuhan haram.
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Rohana Yusuf memutuskan bahawa perintah Menteri Dalam Negeri yang diputuskan awal Julai 2011 telah “tercemar.”
Dalam keputusannya, Rohana berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar perintah kerajaan yang mengisytiharkan ia sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang.
Seramai 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang diketuai Pengerusinya, Datuk S. Ambiga telah memohon membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.
Permohonan itu difailkan pada 8 Julai lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama, diikuti Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.
Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di ibu negara menuntut agar sistem pilihan raya negara ini dikaji semula untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment