Tuesday, July 24, 2012

Mohon tuan2 berfikirlah

Mohon tuan2 berfikirlah terhadap dakwaan mereka (wahabi salafi) terhadap mazhab 'Asya'irah dan maturidiyyah...Moga kita dirahmati oleh Allah..

kenyataan yang keluar dari tokoh Wahabi yang menjadi sanjungan golongan Wahabi Malaysia yang memperlekehkan pengajian Sifat 20.Di antara tokoh-tokoh Wahabi di Malaysia yang sering memperlekehkan pengajian Sifat 20 ialah Dr Asri (mantan Mufti Perlis), Fathul Bahri, Sofwan Badri (Pengerusi an-Nida), Rasul Dahri (pendakwah bebas Wahabi) dan beberapa lagi tokoh yang sealiran dengan mereka.Mereka menganggap bahawa pengajian Sifat 20 yang dibawa oleh Asyairah dan Maturidiyyah sebagai ajaran dari Yunani dan Greek. Tokoh-tokoh Wahabi ini sering diberi tempat untuk menyampaikan fahaman mereka oleh mereka yang cetek dalam pengajian ilmu Tauhid dan ini boleh menyebabkan kegelinciran aqidah umat Islam apatah lagi bila mereka mengambil pendekatan dengan menjisimkan zat Allah seperti Allah duduknya di Arasy, ada tangan tak serupa dengan makhluk, ada wajah tapi tak serupa makhluk dan sebagainya. Sedangkan MAHA SUCI ALLAH dari menyerupai makhluknya dan ALLAH ITU WUJUD DAN TAK BERTEMPAT.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang sayangkan aqidah agar tidak dicemari oleh fahaman Wahabi seperti ini, maka WAJIB bagi kita membongkar penyelewengan mereka dan bukanlah untuk memburuk-burukkan nama sesiapa. Ingatlah, apabila rosak aqidah, maka rosaklah segala amalan kita.

"Apabila telah melaknat (mengutuk)akhir ummat ini akan awal ummatnya, maka pada sesiapa yg ada padanya ilmu maka hendaklah dikeluarkannya.Maka sesungguhnya penyembunyi ilmu itu pada ketika itu adalah seperti penyembunyi apa yg telah diturunkan ke atas Saiyidina Muhammad SAW" - Imam Al-Bukhari dlm. Kitab Tarikh 2/1/180..
 

No comments:

Post a Comment