Saturday, July 7, 2012

Guna OSA: Transformasi Najib 'kosong'

Guna OSA: Transformasi Najib 'kosong':
Harakahdaily,06 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tindakan menyiasat Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membuktikan transformasi Najib hanya cakap kosong.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihak kerajaan khususnya polis sepatutnya melihat apa penyelewengan yang didedahkan, bukan mengugut si pendedah dengan OSA.

"Apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara?.

"Jika ini berlaku memang tepatlah transformasi Najib , tidak berisi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pihak polis kelmarin mengumumkan pendedahan dokumen oleh Rafizi berkaitan skandal projek tambahan LRT Ampang akan disiasat di bawah OSA kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Rafizi sebelum ini mendedahkan tender tersebut yang bernilai RM960 juta telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent melibatkan campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Idris mempersoal sama ada OSA ini hanya digunakan untuk melindungi skandal pemimpin umpama menutup  bangkai gajah dengan tudung saji.

"Pelik bin ajaib pendedahan untuk kepentingan rakyat salah, yang diminta ialah siasat bukan diugut dengan OSA.

"InsyaAllah Pakatan Rakyat akan membuang akta-akta yang cuba melindungi pengkhianat amanah rakyat," katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment