Saturday, July 7, 2012

UAE arah pelancong jaga akhlak

Pelancong wanita dari beberapa negara berjalan kaki di Pantai Jumeirah di Dubai. Pihak berkuasa negara itu mengeluarkan arahan meminta pelancong mematuhi kod etika berpakaian dan menjaga kesopanan ketika di khalayak ramai.Berita Harian | UAE arah pelancong jaga akhlak:
Pelancong wanita dari beberapa negara berjalan kaki di Pantai Jumeirah di Dubai. Pihak berkuasa negara itu mengeluarkan arahan meminta pelancong mematuhi kod etika berpakaian dan menjaga kesopanan ketika di khalayak ramai.
Keluar risalah 12 bahasa kod etika berpakaian 

Dubai: Polis Emiriah Arab Bersatu akhirnya mengeluarkan garis panduan yang memberi amaran kepada pelancong supaya menjaga kelakuan apabila melawat ibu kota negara itu. Risalah berkenaan, yang memasukkan peringatan mengenakan pakaian bersopan dan berkelakuan baik di khalayak ramai, dikeluarkan pada masa tepat menurut sesetengah pihak, dengan bulan Ramadan semakin hampir dan perbahasan kod berpakaian di negara itu masih tidak memberi hasil dalam dasar kebangsaan persekutuan. 
Disiarkan dalam 12 bahasa berbeza, garis panduan itu secara ringkas menggariskan kod etika yang termasuk larangan pengambilan dadah di negara itu, tidak melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai, tidak menjalankan aktiviti pelacuran atau mengemis. 

Matlamat risalah itu ialah bagi meningkatkan tahap pengetahuan budaya adat dan tradisi negara itu dalam usaha membangunkan konsep pelancongan dan menyebarkan kesedaran serta budaya pelancongan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Polis Abu Dhabi. 

Timbalan Pengarah Operasi Polis di Ibu Pejabat Polis Abu Dhabi, Brigadier Omair Al Muhairi, berkata dalam satu kenyataan: “Sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan yang dilakukan Polis Abu Dhabi untuk memajukan Polis Pelancongan, dan memperbaiki perkhidmatan keselamatan kepada pelancong, untuk memastikan keselesaan mereka dan membolehkan mereka bergembira di sini, selain mengekalkan keselamatan sosial, risalah itu disediakan untuk membantu pelancong dengan garis panduan moral umum, tindakan tidak bertamadun dan menyalahi undang-undang serta tindakan yang dijangka dilihat di kawasan tumpuan pelancong.” 

Al Muhairi menggesa pelancong untuk tidak teragak-agak mendapatkan bantuan Polis Pelancong dalam kes kecemasan, menegaskan kesediaan mereka memberikan bantuan segera, bagi mencerminkan imej bersih negara itu. - Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment