Saturday, July 7, 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan

UMNO TIPU SULTAN- GHAZALI JAWI ENGGAN LETAK JAWATAN MB (1974-1977)
 

Sultan Idris Shah II
UMNO terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya Ogos 1974.Ketika itu,Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi (bapa kepada Tajol Rosli) untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak.Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rahsuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar perak pada tahun 1960.
Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh selama lebih sebulan sehingga Septembr 1974.Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan menyatakan bahawa Tun Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar dengan bersyarat iaitu lantikan bertempoh hanya dua tahun sahaja.Selepas tempoh itu ,Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengankat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 4 September 1974.
 

Tan Sri Ghazali Jawi
Dua hari selepas itu,Sultan memanggil Mokhtar Petah mengadap Baginda di Istana Tambun,Ipoh. Mokhtar Petah memaklumkan kepada Sultan bahawa tiada termaktub dalam perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar untuk tempoh dua tahun sahaja. Apabila dimaklumkan akan hal itu,Sultan amat kesal dengan perlantikan yang telah dibuat.Mokhtar memohon agar Sultan bersabar untuk mengelakkan krisis antara parti politik yang memerintah (UMNO) dengan istana. Baginda bersetuju walaupun amat terkilan kerana UMNO telah memperdaya Baginda dengan janji-janji yang tak mungkin boleh ditunaikan. Setelah berlalu tempoh dua tahun,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar. Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri (melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB. Ghazali Jawi dan pemimpin-pemimpin UMNO telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata " Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik ahli dewan undangan negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun sahaja" .
 

Tajol Rosli Ghazali .Bekas MB perak dan 
dan juga anak kepada TanSri Ghazali Jawi
 
Pergerakan Pemuda UMNO berkeras dengan pendirian " Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar ,tetapi setelah diperkenan perlantikan itu Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri Besar supaya meletak jawatan". " Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari menjadi Menteri Besar adalah hak seorang Presiden UMNO sahaja". Krisis antara Sultan Idris Shah dengan UMNO Perak berlarutan sehingga tahun 1977. Sepanjang tempoh itu,UMNO Perak berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Kamarudin Mat Isa manakala satu kumpulan lagi menyokong Ghazali Jawi untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar.
Oleh kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyingkirkan Ghazali Jawi daripada kerusi Menteri Besar Perak,maka Sultan yang dalam keadaan kecewa telah bernazar "selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan,Baginda akan terus menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan exco kerajaan selama dua tahun". Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatanya pada tahun 1977 atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. Selepas itu Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Mohamad bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar yang baru.

No comments:

Post a Comment