Thursday, July 5, 2012

Hukuman hudud adil untuk semua pihak

Hukuman hudud adil untuk semua pihak - Politik - Sinar Harian:

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan memberi penerangan dan pemahaman secara menyeluruh sebelum melaksanakan hukuman hudud agar tidak timbul kekeliruan.

Presiden Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI), Mohd Yusri Mohamad berkata, pihaknya menyambut baik sekiranya ia dilaksanakan, tetapi penjelasan perlu dilakukan agar semua pihak mengetahui erti sebenar hukum hudud.
“Banyak pihak bila berbicara tentang hudud, ia lebih kepada sentimen, seperti menggambarkan bahawa hukuman itu zalim. Ia tidak benar hakikatnya setiap kesalahan itu diteliti dengan terperinci sebelum hukuman dilaksanakan.
“Walaupun ia boleh dilaksanakan kepada semua kaum, tetapi mereka juga harus diberi pilihan sama ada ingin mengguna pakai hukum hudud atau takzir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadanganAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan bahawa Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar  berkata, kerajaan harus membuat persiapan secukupnya dalam melaksanakan hukuman, sekiranya ingin melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Zainul Rijal berkata, hukuman itu berbeza dengan hukuman sedia ada kerana setiap kesalahan disertai dengan bukti yang kukuh, maka persediaan mahkamah dan masyarakat amat diperlukan.

"Pada masa kini kesalahan syariah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, sekiranya ia hendak dilaksanakan di seluruh negara, kerajaan harus menggubal Perlembagaan bagi mengguna pakai hukum hudud," katanya.

No comments:

Post a Comment