Thursday, July 5, 2012

UNISEL lebih baik dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat


Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.

Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak
tepat.

Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.

“Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar”

P/S : PR memang pilihan yang terbaiklah berbanding Umno/BN.....(FAKTA)

No comments:

Post a Comment