Wednesday, July 4, 2012

mengapa Syaikhul Azhar meninggalkan majlis?

Sebenarnya,saya memilih untuk tidak memberikan sebarang komentar berkaitan isu Syaikhul Azhar meninggalkan Majlis Perucapan Rasmi Presiden Mesir di Universiti Cairo,akan tetapi apabila melihat ramai yang mula berbicara,izinkan saya untuk turut menyampaikan sudut pandangan saya.

Pertamanya : Sebab mengapa Syaikhul Azhar meninggalkan majlis?

Ianya disebabkan oleh tindakan pihak Protokol Majlis yang tidak menyediakan tempat yang selayaknya untuk Syaikhul Azhar dan Anggota Hai'ah Kibar Ulamak di dalam Majlis tersebut dalam keadaan Speaker Parlimen,Ketua Majlis Askar dan Jemputan-Jemputan Rasmi yang lain termasuk Dr Al-Baradaie dan Amru Musa juga mendapat tempat di barisan hadapan.(Bahkan Syaikhul Azhar terpaksa menunggu begitu lama ditempat umum orang ramai sebelum majlis bermula)

Keduanya : Al-Azhar As-Syarif dengan tegas menafikan berita yang menyebut bahawa Syaikhul Azhar mengkritik Dr Mursi dan menuntut beliau memohon maaf atas kejadian yang berlaku. Al-Azhar As-Syarif dengan tegas menyatakan berita itu semata-mata dusta dan tidak benar sama sekali. Al-Azhar juga menegaskan bahawa isu yang berlaku adalah melibatkan Unit Protokol Majlis,bukannya Presiden.

Al-Azhar As-Syarif juga menegaskan Kebanggaan dan Penghormatan Al-Azhar As-Syarif buat Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden dan sentiasa mendoakan supaya Allah sentiasa membantu dan membimbing Presiden dalam setiap usaha dan khidmatnya.

Ketiganya : Alasan/Kenapa perlu Syaikhul Azhar meninggalkan Majlis? 

Al-Azhar As-Syarif menyatakan bahawa Syaikhul Azhar terpaksa memilih untuk meninggalkan majlis tersebut atas dasar untuk Menjaga 'Karamah' (Kemuliaan dan Kedudukan) Al-Azhar As-Syarif dan Para Ulamaknya. 

(Syaikhul Azhar menunggu di tempat awam begitu lama,tiada tempat khas untuk beliau di barisan hadapan di dalam majlis yang teramat penting bagi Negara Mesir yang mana Al-Azhar adalah salah satu juzuk penting darinya. Adalah sangat tidak wajar untuk Syaikhul Azhar terus menunggu begitu dalam keadaan beliau adalah simbol dan lambang Al-Azhar As-Syarif)

Keempat : Kita perlu faham dan diingatkan sekali lagi bahawasanya isu yang berlaku bukanlah melibatkan peribadi Dr Ahmad Tayyib juga bukannya melibatkan Presiden Dr Muhammad Mursi. 
Sebaliknya ianya adalah melibatkan Unit Protokol Majlis dan Penghormatan terhadap kedudukan Lambang Al-Azhar As-Syarif,iaitu Kedudukan Syaikhul Azhar.

Sangat tidak wajar sekiranya ada pihak yang cuba mengalihkan isu dan meletakkan beban ke atas bahu Dr Muhammad Mursi. 
Dalam keadaan beliau baru sahaja menang,terlampau banyak perkara yang perlu difikirkan dan selesaikan,itu sudah cukup untuk kita faham bahawa kejadian yang berlaku tidak melibatkan beliau.

Kelima : Tidak mustahil,wujud pihak ketiga yang sedang menggerakkan usaha memecahbelahkan suara rakyat,mewujudkan krisis antara Presiden Dr Muhammad Mursi dengan rakyat ataupun Institusi Penting Negara (Contohnya Al-Azhar dan lain-lain).
'Merosakkan Imej' adalah senjata golongan musuh dari dulu.

Akhirnya : Yang lebih penting bahkan yang paling penting ialah kita sentiasa mendoakan Kedua-dua Institusi Utama buat Islam ini untuk dapat terus bersatu,bekerjasama dan dijauhkan dari perselisihan,dapat berganding bahu demi Islam dan Muslimin.
Dua institusi yang saya maksudkan ialah Al-Azhar As-Syarif dan Ikhwan Muslimin.

Kedua-dua Institusi Penting ini adalah tonggak yang terbukti berkhidmat dan berjuang menyebarkan,menerangkan dan mempertahan Islam yang Sebenar.

Cukuplah untuk menjadi bukti eratnya kedua-dua Institusi ini :
Dr Muhammad Mursi menunaikan Solat Jumaat yang Pertama beliau sebagai Presiden di Masjid Al-Azhar As-Syarif,tidak di lain-lain Masjid!

*Bersama kita sebarkan Rahmah,Salam dan Kesatuan.
Bersama mendoakan kebaikan buat Islam dan Kaum Muslimin*

[Sumber lengkap boleh dirujuk di Facebook Rasmi Dr Ahmad At-Tayyib,Syaikhul Azhar As-Syarif]

:::Ustaz Muhammad Noorazam Bin Bahador:::

No comments:

Post a Comment