Wednesday, July 4, 2012

MUTIARA KATA ULAMA'

MUTIARA KATA ULAMA' | SMG

"Apabila kamu merasakan Allah S.W.T. menahan dunia dari kamu dan memperbanyakkan ke atas kamu kesusahan-kesusahan dan ujian. Maka ketahuilah sesungguhnya kamu adalah seorang yang mulia di sisi-NYA dan sesungguhnya kamu mempunyai kedudukan di sisi-NYA. Dan sesungguhnya DIA telah memperjalankan kamu di atas jalan para wali-NYA dan para Rasul-NYA. Dan sesungguhnya DIA sentiasa melihat kamu". 

Adakah kamu tidak mendengar firman-NYA Ta'ala : وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بأَعْيُنِنَا

Bermaksud: "Dan bersabarlah untuk menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya kamu berada dalam pengawasan Kami".

:::As-Syeikh Muhammad Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala:::

No comments:

Post a Comment