Kenderaan polis dibakar oleh penunjuk perasaan di Karachi, Pakistan, semalam. - Foto EPA
Kenderaan polis dibakar oleh penunjuk perasaan di Karachi, Pakistan, semalam. - Foto EPA
KABUL - Bantahan terhadap filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW berterusan di negara-negara Islam hari ini di Kabul, di mana ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan-jalan utama di ibu kota Afghanistan.

Kedutaan-kedutaan Barat seluruh negara Islam diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

"Antara 3,000 hingga 4,000 penunjuk perasaan turun ke jalan. Malah ada di antara mereka yang membakar kereta polis, namun kami berjaya memisahkan mereka agar kejadian  tidak merebak," kata Komander Polis Unit Tindakkan Cepat, Lef Jen Fahem Qayem.

Kedutaan di Kabul dikawal rapi dengan zon berkenaan di kunci termasuk Kedutaan AS dan Britain selepas rusuhan merebak di sekitar kawasan perumahan yang diduduki oleh pekerja asing di kawasan barat bandar tersebut.

"Kami akan mempertahankan Nabi kami sehingga titisan darah terakhir. Kami sesekali tidak membenarkan sesiapa menghina baginda," ujar seorang penunjuk perasaan, Jan Agha Pashtun.

Ini merupakan bantahan terbaru dalam minggu ini ekoran kemunculan klip filem Innocence of Muslims.

Ketua Perhimpunan Negara Libya berkata, serangan terhadap konsulat AS di Benghazi telah mengakibatkan Dutanya, Christopher Stevens dan tiga warga AS Selasa lalu, seolah-olah telah dirancang oleh kumpulan tertentu berbanding reaksi spontan yang telah di masukkan dalam talian.