Monday, September 17, 2012

Bantahan anti-Jepun makin teruk

Penunjuk perasaan mengoyak bendera Jepun, manakala rakan mereka memegang sepanduk bekas pemimpin China, Mao Zedong ketika bantahan di Wuhan, wilayah Hubei, semalam. - Foto REUTERSPenunjuk perasaan mengoyak bendera Jepun, manakala rakan mereka memegang sepanduk bekas pemimpin China, Mao Zedong ketika bantahan di Wuhan, wilayah Hubei, semalam. - Foto REUTERS
Beijing: Tunjuk perasaan anti-Jepun di China masuk hari ke dua dengan beribu-ribu penduduk melancarkan bantahan di kebanyakan bandar di seluruh negara itu, berikutan isu kepulauan yang menjadi rebutan di Laut China Timur, sehari selepas cubaan menyerbu kedutaan Tokyo di Beijing.

Di Beijing, beribu penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan Jepun, sambil membawa gambar Mao Zedong dan gambar bendera Jepun yang diconteng kata-kata lucah, melontar botol bir dan menyanyikan lagu kebangsaan.
Polis mengawal

Bagaimanapun sejumlah polis mengawal penunjuk perasaan ketika mereka berarak melintasi bangunan, manakala sukarelawan memberi makanan, air dan bantuan perubatan.

Di Shanghai, lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpuna di luar kedutaan Jepun sebagai melaungkan kata-kata Pergi Jahanam Dengan Jepun Yang Kecil.
Jepun membangkitkan kemarahan Beijing minggu lalu, apabila negara itu berkata ia sudah membeli kepulauan Senkaku atau Diaoyu yang menjadi rebutan kedua-dua negara.

Walaupun pihak berkuasa China biasanya mengehadkan tunjuk perasaan, bantahan semalam dilakukan dengan dikawal polis, manakala media kerajaan menyifatkan tindakan mereka sebagai wajar.
Bagaimanapun ada beberapa laporan keganasan berlaku termasuk di wilayah Shenzhen, apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

1,000 bakar bendera

Saluran televisyen Hong Kong turut menyiarkan rakaman lebih 1,000 penunjuk perasaan membakar bendera Jepun di bandar Guangzhou dan menyerbu sebuah hotel berhampira bangunan konsulat Jepun.

Perdana Menteri Yoshihiko Noda menggesa China memastikan keselamatan perniagaan dan rakyat negaranya selepas bantahan yang semakin merebak menyaksikan penunjuk perasaan menyerang warga Jepun, premis perniagaan dan memusnahkan kereta buatan negara itu.

Keadaan ini menimbulkan perasaan kecewa yang amat sangat dan berikutan itu kami akan mengemukakan bantahan kepada China, kata beliau kepada Stesen Televisyen Fuji.
AFP

No comments:

Post a Comment