Cindy Lee Garcia
Cindy Lee Garcia
LOS ANGELES - Seorang aktres filem anti-Islam mahu memfailkan kes baru ke atas penerbit Innocence of Muslims di mahkamah persekutuan.

Cris Armenta, peguam Cindy Lee Garcia berkata, "hari ini kami akan menggugurkan kes di mahkamah peringkat negeri, tetapi kami akan memfailkan (kes baru) di mahkamah persekutuan."

"Anak guam saya ada tuntutan berkenaan hak cipta. Kami mahu tuntut perkara itu," katanya lagi.

Kesnya ke atas Google telah ditolak minggu lalu. Dia juga membawa kes ke atas penerbitnya.
Garcia menuduh penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula yang dipercayai turut menggunakan nama Sam Bacile, telah memperdayakannya sedangkan pada awalnya dia beranggapan bahawa hanya berlakon dalam filem berkisar cerita padang pasir.
"Tiada sebutan langsung berkenaan dengan nama 'Mohammed' ketika penggambaran atau dalam jalan cerita.
"Berdasarkan pengetahuan Garcia, tiada rujukan dibuat berkenaan dengan agama atau kandungan seksual," kata dokumen yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.
Tuntutan yang difailkan juga mendakwa Nakoula, Google dan YouTube telah mencerobohi privasi, amalan bisnes tidak adil, dan menggunakan Garcia tanpa kebenaran dan mengakibatkan tekanan emosi yang disengajakan.
Peguam Nakoula enggan mengulas kes yang difailkan.