Tuesday, September 25, 2012

Parti tak terbabit tawar hadiah bunuh penerbit filem




         
PESHAWAR: Sebuah parti politik Pakistan semalam bertindak menjauhkan diri daripada tindakan seorang menterinya yang menawarkan hadian untuk membunuh penerbit filem anti-Islam.

Parti Nasional Awami (ANP), sebuah daripada parti yang membentuk kerajaan Pakistan berkata, ia menolak tindakan Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour yang menawarkan hadiah AS$100,000 (RM307,000) kepada sesiapa yang dapat membunuh penerbit filem Innocence of Muslims itu.
Ghulam turut mempelawa pejuang Taliban dan Al-Qaeda untuk menyertai ‘misi mulia’ itu dan berkata sekiranya diberi peluang, dia sendiri akan membunuh penerbit filem itu yang telah menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jurucakap ANP, Senator Zahid Khan berkata: “Kami menolak kenyataan yang dibuat oleh Ghulam itu kerana kami percaya kepada keamanan dan ANP dikenali kerana itu.


“Tindakan Ghulam adalah di luar jangkaan kami.”


Katanya, rundingan mengenai perkara ini masih diteruskan tetapi mereka terhalang kerana ketua parti, Asfandyar Wali Khan kini berada di Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AFP

No comments:

Post a Comment