Tuesday, October 30, 2012

Dakwa buang masa, warga UK saman pegawai pemasaran

BOSAN dengan panggilan daripada ahli-ahli telepasaran, Richard Herman dari United Kingdom memberikan kata dua: Telefon semula dan dia akan mula mengenakan bayaran 10 pound (kira-kira AS$16 dolar atau RM48) setiap minit untuk masanya.

Amaran Herman langsung tidak dihiraukan.

Dia terus menerima panggilan walaupun menggunakan `UK Telephone Preference Service’ (serupa dengan senarai Do Not Call).

Jadi dia mula mengesan minit dan merekodkan setiap panggilan yang diterimanya pada komputer.

Membuktikan apa yang diperkatakannya sebelum itu, Herman mula menghantar invois kepada pesalah-pesalah yang menghubunginya.

Invois yang dihantar bagaimanapun tidak dihiraukan. Herman tidak berlembut dalam hal ini.

Dia mengambil tindakan mahkamah dengan membuat tuntutan kecil ke atas syarikat yang menghubunginya.

Hasil daripada usahanya itu, dia menang 19 minit dan 30 saat daripada masanya.

Herman membawa pulang 195 pound (RM956.80) atas masalah yang dihadapinya.

Selepas keputusan itu, Herman memberitahu BBC, “ia menyeronokkan saya, untuk memikirkan bahawa sebenarnya daripada menjadi mangsa kepada panggilan telefon ini, saya boleh mempertahankan diri saya daripada mereka dengan meletakkan kaki ke dalam but orang lain.”

Tetapi menurut Herman panggilan yang diterimanya masih belum berakhir.

"Saya terus menerima panggilan telepasaran walaupun daripada syarikat-syarikat lain. Dan, saya katakan kepada mereka setiap masa sekarang, bahawa saya akan mengenakan bayaran 10 pound satu minit jika mereka panggil lagi."

Sekarang Herman merupakan seorang pakar dalam menghentikan panggilan telefon daripada ahli-ahli telepasaran.

Dia kini memulakan laman sesawangnya sendiri, Say No To Cold Calls (Katakan Tidak Kepada Panggilan Dingin).

Laman tersebut turut menampilkan beberapa tips dan helah bagaimana untuk mendakwa ahli-ahli telepasaran yang tidak kisah, “demi Tuhan, tolong berhenti menghubungi saya.”

No comments:

Post a Comment