Saturday, October 27, 2012

IRAN HALANG ULAMA' SUNNI MENUNAIKAN HAJI



Pihak berkuasa Iran mengeluarkan larangan terhadap seorang ulama' dan pakar rujuk Islam Sunni, Syeikh Abdul Hamid Ismail Az-Zahi (gambar) yang bertugas sebagai imam dan khatib Sunni di bandar Zahdan, Timur Tehran daripada menunaikan haji. Syeikh Zahi yang juga Rektor Universiti Darul 'Ulum di bandar Zahdan, sebuah institusi pendidikan Sunni terbesar di Ira
n merupakan anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang diketuai oleh Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi.

Menurut laporan dalam halaman rasmi Ahlu Sunnah Iran "Sunnionline", Syeikh Zahi beberapa hari sebelumnya berada di ibu negara Tehran bagi memohon untuk bermusafir menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Pihak berkuasa kemudian menghubungi Syeikh Zahi dan meminta beliau menerima pasport yang kononnya telah diluluskan bersama-sama visa haji. Malangnya, ketika Syeikh Zahi datang berurusan, dimaklumkan pihak berkuasa gagal meluluskan permohonan beliau, iaitu bercanggah dengan maklumat awal yang diperolehinya.

Oleh demikian, Syeikh Zahi telah kembali ke negerinya, Zahdan dengan disambut ratusan penyokong beliau yang jelas tidak berpuas hati atas tindakan rejim Iran.

Untuk makluman, terdapat ramai lagi dari kalangan ulama' Sunni di Iran yang dihalang daripada menunaikan haji pada tahun ini.

Berdasarkan kajian terbaru jumlah penduduk Iran, penganut Islam Sunni berjumlah antara 14 hingga 19 juta penduduk atau 20 hingga 28% jumlah keseluruhan rakyat Iran. Kebanyakan mereka tinggal di sempadan negara yang berjiran dengan Pakistan dan Afghanistan. Iran sememangnya terkenal dengan sebuah negara Sunni hingga kurun ke-20 sebelum tercetusnya Revolusi Syiah pada tahun 1979.

Sehingga ke hari ini, penganut Islam Sunni di Iran di'anak tiri'kan dan dilarang mengamalkan agama Islam. Mereka dilarang mendirikan solat Jumaat dan dua Hari Raya di masjid-masjid. Mereka terpaksa menumpang menunaikan solat tersebut di kedutaan-kedutaan negara umat Islam Sunni seperti Pakistan, namun kebanyakan mereka solat di rumah kediaman masing-masing.

Di wilayah dan bandar yang dikuasai oleh Syiah seperti Tehran, Asfahan,Kerman dan Yazd tiada langsung masjid bagi umat Islam Sunni dibina.

No comments:

Post a Comment