Saturday, October 27, 2012

Obama buang undi lebih awal



BARACK Obama (kiri) membuang undi lebih awal menjelang Pilihan Raya Presiden di Pusat Komuniti Martin Luther King di Chicago, kelmarin. - AP
WASHINGTON 26 Okt. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengundi dalam Pilihan Raya Presiden di tempat kelahirannya di Chicago semalam.
Beliau menjadi pemimpin AS pertama menggunakan peluang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan yang membenarkan penduduk tempatan di beberapa buah negeri untuk mengundi lebih awal sebelum hari pengundian.
Ketika memasuki pos pengundian, beliau diminta menunjukkan identiti dirinya oleh seorang pekerja pilihan raya.
''Saya gembira kerana saya memperbaharui lesen memandu saya,'' katanya sambil tersenyum.
Obama meluang masa selama beberapa minit memilih calon menggunakan mesin pengundian elektronik.
Beliau, bagaimanapun memberitahu wartawan yang menunggunya di bilik mengundi bahawa undinya adalah rahsia.
''Di seluruh negara, kita dapat melihat pengundian awal diadakan yang membawa maksud anda tidak perlu memikirkan cara untuk mengambil cuti, siapa akan menjaga anak dan pada masa sama anda dapat mengundi,'' katanya.
Pasukan kempen Obama menggesa pengundi di beberapa buah negeri untuk mengambil peluang mengundi lebih awal sebelum Pilihan Raya Presiden pada 6 November ini. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121027/lu_03/Obama-buang-undi-lebih-awal#ixzz2AUzGXC70
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment