Saturday, October 27, 2012

Letupan bom Aidiladha ragut 40 nyawa di utara Kabul

KABUL - Seorang pengebom berani mati meletupkan bom di luar sebuah masjid di wilayah Faryab, utara Afghanistan hari ini - ketika sambutan Aidiladha, menyebabkan 40 orang terbunuh.
Lebih 50 orang mengalami kecederaan dalam letupan yang berlaku sejuru selepas penduduk tempatan selesai sonat sempena Aidiladha, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Seddiqi.
Sediq berkata, angka kematian dijangka meningkat.
Letupan dilaporkan berlaku di kawasan pintu masuk utama ke Masjid Eid Gah, yang terletak di bandar Maimana, wilayah Faryab.

No comments:

Post a Comment