Wednesday, October 31, 2012

Tiga senator terkandas di New York akibat Sandy



NEW YORK 31 Okt. - Tiga senator yang sepatutnya pulang ke tanah air selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan akibat taufan Sandy.
Mereka ialah Datuk Boon Som Inong, Datuk Muhammed Najeeb Abdulah dan A.P.S.
Bagiam yang tiba di kota raya ini, 17 Oktober lalu.
Boon semasa dihubungi Bernama berkata kesemua mereka dijadualkan berlepas pulang dengan penerbangan Emirates Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Keneddy pada 11.20 pagi, Isnin lepas.
"Kami dihubungi melalui e-mel oleh ejen syarikat penerbangan, yang memaklumkan bahawa penerbangan kami itu ditangguh kerana semua penerbangan keluar dan masuk ke New York City dibatalkan pada hari Ahad, dan sehingga kini mereka tidak dapat memastikan bila penerbangan kami yang seterusnya," katanya yang berada di sini bersama isteri beliau.
Bagaimanapun beliau berkata Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke PBB, juga sedang berusaha menghubungi ejen syarikat penerbangan berkenaan untuk membolehkan kesemua mereka mendapat penerbangan paling awal berlepas pulang sebaik sahaja keadaan kembali pulih.
Kota raya New York, hampir tenggelam dan bergelap selepas dibadai taufan Sandy, semalam.
Kesemua penerbangan keluar dan masuk di kedua-dua lapangan terbangnya dibatalkan manakala lapangan terbangnya ditutup selepas dinaiki air akibat banjir. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121031/dn_34/Tiga-senator-terkandas-di-New-York-akibat-Sandy#ixzz2ArhJRXt7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment