Sunday, November 25, 2012

4 kanak-kanak maut dalam letupan Hari Asyura




         
PESHAWAR: Empat kanak-kanak terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila sebutir bom meletup dekat perarakan keagamaan hari Asyura, di barat laut Pakistan, semalam.

Pegawai polis, Ghulam Ahmed berkata, bom tepi jalan itu diletakkan di laluan perarakan komuniti minoriti Syiah di daerah Dra Ismail Khan.
Letupan itu berlaku ketika penganut agama Syiah berkumpul untuk berarak mengingati ulang tahun kematian cucu Nabi Muhammad, Imam Hussain pada tahun 680. Keselamatan di seluruh negara diperketatkan senmalam untuk mengelakkan serangan seperti yang berlaku itu.

“Bom itu diletakkan di dalam tong sampah dan letupannya sungguh kuat hingga boleh didengari beberapa kilometer jauhnya,” kata Ghulam.


Ketua Polis Peshawar, Khalid Suhail berkata, semua mangsa yang maut adalah kanak-kanak lelaki berusia antara enam dan 11 tahun.


“Sekurang-kurangnya 30 orang cedera termasuk dua anggota polis,” katanya dan menambah, lima daripada mereka dalam kaadaan parah. - AFP

No comments:

Post a Comment