Monday, November 5, 2012

Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar



Harakahdaily,05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun yang lalu.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.

No comments:

Post a Comment