Monday, November 5, 2012

Lagi amaran ribut salji di Beijing



Sebuah jentolak membersihkan jalan yang dilitupi salji di pinggir Beijing, China, semalam. - AFP
BEIJING 4 Nov. - Jabatan Meteorologi China hari ini sekali lagi mengeluarkan amaran berjaga-jaga selepas Beijing dilanda ribut salji luar biasa, empat hari sebelum berlangsungnya Kongres Parti Komunis Ke-18, Khamis ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini, Beijing mencatatkan penurunan salji yang berselang-seli dengan hujan sebanyak 5.8 sentimeter, jumlah paling tinggi dalam tempoh sehari untuk kali pertama bagi musim sejuk sejak 1951.
Keadaan itu mengundang pihak berkuasa mengeluarkan amaran jingga, iaitu paras dua daripada empat paras amaran.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ribut salji di utara wilayah yang mengelilingi ibu negara, yang biasanya tidak menerima salji sehingga hujung bulan ini.
Pihak berkuasa di wilayah berdekatan, Shanxi, bertindak menutup 10 lebuh raya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang kemalangan.
Di wilayah pedalaman Mongolia, lebih 400 trak terperangkap dalam kesesakan disebabkan cuaca buruk. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121105/lu_06/Lagi-amaran-ribut-salji-di-Beijing#ixzz2BIw8NwGx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment