Monday, November 5, 2012

Suu Kyi enggan berpihak isu keganasan etnik

 Suu Kyi  (kanan) Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg selepas perbincangan di Naypyitaw, semalam.
Suu Kyi (kanan) Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg
selepas perbincangan di Naypyitaw, semalam.
Yangon: Aung San Suu Kyi enggan bercakap bagi pihak penduduk Islam Rohingya dan menegaskan beliau tidak akan menggunakan ‘kepemimpinan moral’ untuk menyokong mana-mana pihak dalam pertelagahan etnik di barat Myanmar.

Pemenang anugerah Nobel itu mencetuskan kekecewaan di kalangan penyokong antarabangsa bersikap membisu terhadap keganasan yang melanda negeri Rakhine, berkata masyarakat Buddha dan Islam ‘murka’ kerana beliau tidak memihak mereka.
Lebih 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sejak Jun lalu berikutan dua keganasan di negeri itu. Keganasan terbaru menyebabkan 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Berpuluh-puluh orang terbunuh di kedua-dua pihak dan ribuan rumah dibakar.


“Saya menggesa toleransi namun saya tidak fikir sesiapa perlu menggunakan kepemimpinan moral bagi menangani sesuatu masalah tertentu tanpa benar-benar melihat kepada punca sebenar masalah itu,” kata Suu Kyi kepada BBC kelmarin.

Bercakap di ibu kota Naypyidaw selepas berunding dengan Presiden Suruhanjaya Eropah (EU) Jose Manuel Barroso, yang berkata EU ‘amat bimbang’ dengan keganasan dan akibatnya terhadap pembaharuan Myanmar, Suu Kyi berkata beliau tidak dapat bercakap bagi pihak penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf.

“Saya tahu ada pihak mahukan saya berpihak kepada salah satu etnik. Mereka tidak puas hati kerana saya enggan berpihak dengan mereka,” katanya.

Peraturan perlu dibentuk
Pejuang demokrasi itu, yang kini seorang anggota parlimen berkata peraturan undang-undang perlu dibentuk sebagai langkah permulaan sebelum meneliti masalah lain.

“Ini kerana jika penduduk membunuh satu sama lain dan membakar rumah seseorang, bagaimana kita mahu membuat sebarang penyelesaian munasabah?” katanya.

Seramai 800,000 penduduk Rohingya Myanmar dilihat kerajaan dan banyak pihak di negara itu sebagai pendatang haram dari negara jiran Bangladesh. Mereka berdepan diskriminasi dahsyat dan pengasingan keterlaluan. - AFP

No comments:

Post a Comment