Friday, December 21, 2012

44,000 korban konflik Syria





         
BEIRUT: Lebih 44,000 orang terbunuh di Syria sejak tercetusnya revolusi antikerajaan Mac tahun lalu yang berubah menjadi pemberontakan berdarah selepas kerajaan melancarkan kekerasan.

“Seramai 44,063 orang terbunuh dalam tempoh 21 bulan,” kata Pengarah Pemerhati untuk Hak Asasi Kemanusiaan Syria, Rami Abdel Rahman.


Dia berkata, 30,819 adalah orang awam, 1,482 askar penentang, 10,978 tentera kerajaan dan 784 lagi tidak diketahui identiti mereka.

Kumpulan itu mengatakan askar penentang yang memerangi rejim pimpinan Bashar al-Assad terdiri daripada orang awam.


“Ribuan orang awam adalah askar penentang,” katanya. Jumlah sebenar mereka yang terkorban dalam konflik itu mungkin lebih tinggi.


“Sebahagian besar daripada beribu-ribu orang yang hilang di penjara Syria dikhuatiri sudah mati.

“Tambahan pula, baik kumpulan penentang mahupun kerajaan tidak mendedahkan bilangan sebenar anggota mereka yang terbunuh kerana bimbang menjejaskan reputasi masing-masing,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment