Friday, December 21, 2012

Wakil dunia kecam penempatan Yahudi


 Kawasan penempatan Yahudi di Maale Adumim dekat lokasi pembinaan baru di Baitulmaqdis Timur.


2012/12/21
Kawasan penempatan Yahudi di Maale Adumim dekat lokasi pembinaan baru di Baitulmaqdis Timur.
New York: Semua anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin membuat kenyataan mengutuk pelan Israel mempercepat dan memperluas penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Kenyataan itu juga menyasarkan Amerika Syarikat sebagai satu-satunya anggota berulang kali menolak resolusi mengikat yang mengutuk Israel dalam isu berkenaan.

Empat kenyataan mengutuk Israel itu dibuat anggota dari Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), empat negara Eropah dan Russia serta China.

Rancang bina 5,000 unit

Israel mengumumkan rancangan membina 5,000 lagi unit kediaman pendatang Yahudi bulan lalu.

Kenyataan itu disiarkan secara berasingan selepas Amerika sedia menggunakan kuasa veto ke atas resolusi berkenaan.

“Perundingan (mengenai resolusi mengikat) diadakan antara anggota majlis untuk melihat sama ada anggota ke-15 - Amerika - sedia bertolak ansur.
“Tetapi, kami memutuskan untuk menggunakan Pelan B iaitu angggota majlis membuat kenyataan selepas mendapati ia mungkin tidak akan berlaku,” kata duta India ke PBB, Hardeep Singh Puri.

“Kami mahu jelaskan kepada dua pihak - Israel dan Palestin - serta Amerika bahawa peluang menggerakkan usaha damai semakin tipis,” kata seorang diplomat Barat.

Wakil NAM dalam majlis itu ialah Togo, Afrika Selatan, Maghribi, Pakistan, India, Guatemala, Colombia dan Azerbaijan.

Langgar peraturan

Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Politik, Jeffrey Feltman memberitahu anggota majlis bahawa pembinaan penempatan di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur melanggar undang-undang antarabangsa.

“Jika diteruskan, pembinaan itu hampir pasti memusnahkan sebarang peluang untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin menerusi pembentukan dua negara.

“Kami gesa kerajaan Israel akur kepada desakan antarabangsa supaya menarik balik rancangan membina penempatan baru,” kata Feltman. - REUTERS

No comments:

Post a Comment