Sunday, December 23, 2012

Minta SPRM siasat salah guna kuasa atau penyelewengan

Minta SPRM siasat salah guna kuasa atau penyelewenganSalman (tengah) bersama ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak yang turut membuat laporan di SPRM, kelmarin.
IPOH – Isu kelulusan 606 hektar kawasan pembalakan tanah kerajaan di Mukim Belukar Semang di Pengkalan Hulu dilaporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Laporan itu dibuat Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak, Salman Salleh di ibu pejabat SPRM, di sini pada jam 3 petang.

Salman berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak SPRM menjalankan siasatan kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Kerajaan Negeri untuk seorang individu.

Beliau mendakwa, banyak keraguan timbul apabila kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kawasan membalak tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu seperti yang didedahkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di
persidangan Dun baru-baru ini.

“Kelulusan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012 dan terdapat tiga kelulusan berlainan kepada tiga syarikat selain surat akuan tukul besi yang berturutan nombornya iaitu 6317, 6318 dan 6319 pada tarikh sama.

“Apa yang peliknya ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Dinamik Lafaz Sdn Bhd, Embun Kesuma Sdn Bhd dan Waja Kinrara Sdn Bhd dimiliki seorang pemilik iaitu Jonathan Chung Jun Fun sebagai pengarahnya yang baru berusia 28 tahun.

“Setiap syarikat telah diluluskan lebih kurang 202 hektar dalam tempoh enam bulan bagi menebang semua balak-balak yang berada di situ dan jumlah keseluruhannya sebanyak 606 hektar,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu pejabat SPRM, semalam.

Salman berkata, lebih mengejutkan apabila semakan dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat tersebut baru didaftarkan pada tahun ini iaitu pada 5 Januari 2012, 10 Januari 2012 dan 15 Februari 2012.

“Kita telah semak ketiga-tiga syarikat berkenaan didaftarkan di alamat yang sama iaitu di 47A, Jalan Chung Ah Ming, Pasir Puteh, Ipoh.

“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa selain berharap ianya berjalan dengan adil,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut akan mendedahkan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas Hutan Simpan Bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan

No comments:

Post a Comment