Monday, December 24, 2012

Roket Korea Utara mampu cecah 10,000km



SEOUL - Pelancaran roket Korea Utara baru-baru ini menunjukkan ia berupaya mencapai jarak sehingga lebih 10,000 kilometer (km), kata jurucakap Korea Selatan.

Berdasarkan analisis serpihan roket, jarak itu mampu sampai sehingga ke barat Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak ada pengesahan daripada Korea Utara mempunyai teknologi sebegitu untuk melancarkan peluru berpandu.

Pakar percaya keupayaan Korea Utara juga ketinggalan beberapa tahun terutamanya untuk melancarkan bom nuklear pada peluru berpandu.

Korea Utara telah melancarkan roket Unha-3 pada 12 Disember lalu.

Pelancaran itu merupakan kejayaan pertama Korea Utara menggunakan roket tiga peringkat untuk meletakkan satelit ke orbit.

Pemerhati berkata, tindakan itu menandakan Korea Utara kini berada satu langkah ke arah untuk meletakkan peluru berpandu pelbagai balistik antara benua.

"Hasil analisis bahan Unha-3 (roket Korea Utara) mendapati Korea Utara telah bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan lebih daripada 10,000km sekiranya peledak adalah 500-600 kilogram (kg)," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan kepada wartawan.

No comments:

Post a Comment