logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
SHAH ALAM – Jumlah syuhada Palestin di kem pelarian di Syria telah meningkat kepada 855 orang, akibat peperangan yang masih berterusan sehingga kini.

Kumpulan pekerja antarabangsa bagi pelarian Palestin di Syria memberitahu, pengeboman dan kepungan di kem pelarian warga Palestin Yarmuk di Damsyik masih berterusan.

Kem pelarian Yarmuk terdedah kepada tembakan dan pengeboman hebat oleh tentera Syria, yang menyebabkan kerosakan besar.

Jawatankuasa penyelaras kem pelarian Yarmuk menyatakan tentera rejim yang berpengkalan di berek Sufian al-Thawri di kejiranan Ka'an, menembak berdozen-dozen mortar ke arah kem pelarian Yarmuk untuk hari kedua berturut-turut.

Sehubungan itu, keprihatinan rakyat di negara ini jelas diperlukan bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

Terkini, jumlah dana yang berjaya dikumpulkan menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza - Sinar Harian yang diilhamkan tahun lalu berjaya memperoleh RM161,055.88.

Dengan misi mencapai sasaran RM 1juta, bantuan amat diharapkan.

Kepada yang ingin membantu, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada nombor akuan yang tertera atau terus menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain di talian 03-51013888 atau layari www.sinarharian.com.