Sunday, January 6, 2013

Ibu bapa AS bekal pelajar ves kalis peluru

BOGOTA - Sebuah firma Colombia yang pakar dalam menghasilkan ves kalis peluru kini mula menghasilkan pakaian berperisai untuk pelajar ekoran permintaan yang meningkat di kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS).

Pemilik kilang, Miguel Caballero berkata, beliau tidak sama sekali terfikir untuk menghasilkan pakaian perlindungan bagi kanak-kanak sehingga adanya permintaan ekoran tragedi menembak di Sandy Hook Elementary School, Connecticut bulan lalu.

"Selepas tragedi di Connecticut, kami mula terima e-mel daripada pelanggan yang mahu disediakan (pakaian) perlindungan kerana mereka bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah," kata Caballero.

"Kami ada menerima mesej dari seluruh Amerika Syarikat," kata pengarah pemasaran firmanya, Giovanni Cordero dipetik agensi berita AP.


Produk keluaran syarikat direka khas untuk kanak-kanak berusia lapan hingga 16 tahun dan berharga AS$150 hingga AS$600 (RM450 hingga RM900) bergantung pada kerumitan proses penghasilan.

"Produk ini dihasilkan khas untuk pasaran rakyat Amerika, bukan pasaran Amerika Latin," kata Caballero.

Selain di Colombia, ves untuk orang dewasa dijual di 20 buah negara termasuk  Ecuador, Costa Rica dan Mexico. Firma itu juga memasarkannya di Eropah, Asia dan Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment