Sunday, January 6, 2013

Lima suspek pengganas ditembak mati



JAKARTA - Lima orang suspek pengganas ditembak mati dalam dua serbuan berbeza ke atas kem militan dalam operasi antipengganas di timur Indonesia.
Jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar memberitahu, serbuan dijalankan pada Jumaat dan pagi Sabtu di dua buah kem latihan militan di wilayah Barat Nusa Tenggara.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan kerana mereka memiliki bahan letupan. Mereka menggunakan kem-kem ini untuk membuat bom," jelas Amar.
Lima bom paip serta peralatan membuat bom seperti serbuk nitrat urea, paku dan bateri dirampas dalam serbuan terbabit.
Serbuan dilakukan selepas polis menembak mati dua suspek pengganas yang membawa pistol dan bom tangan pada Jumaat selain menahan empat yang lain di Makassar, Sulawesi Selatan.
Polis menyatakan kumpulan itu diketuai oleh pengganas paling dikehendaki yang dikenali sebagai Santoso. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2H9IpIatz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment