Wednesday, January 23, 2013

Korea Utara bakal kena sekatan PBB

Unha-3Roket Unha-3 dilancarkan dari tapak pelancar di Cholsan, 12 Disember lalu. Foto: AFP
NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara mengikut resolusi yang akan diluluskan minggu ini.

Resolusi itu juga menyasarkan entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear diusahakan Pyongyang.

Bagaimanapun, ia terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan 15 anggota majlis tersebut.

Sumber diplomat memaklumkan resolusi tersebut turut mengutuk tindakan Korea Utara melancarkan roket jarak jauh, Unha-3 pada 12 Disember lalu.

Selain itu, sekatan baru tersebut juga akan menambah langkah sedia ada selepas Pyongyang didakwa melakukan ujian ke atas senjata nuklear pada tahun 2006 dan 2009.

Sebelum ini, Korea Utara sering kali menegaskan bahawa roket yang dilancarkan mereka tidak mengandungi peluru berpandu balistik jarak jauh, sebaliknya ia hanya membawa satelit pemantau. - AFP

No comments:

Post a Comment