Salam Fayyad
Salam Fayyad
KAHERAH – Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menggesa negara-negara Arab memberi bantuan kewangan yang dijanjikan selepas perang Israel-Palestin berakhir November lalu.
        
Beliau berkata, kegagalan gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada rakyat bakal dihadapi berikutan krisis kewangan melanda negara itu.

Justeru, beliau bertemu ahli-ahli Liga Arab bagi membincangkan kaedah pengutipan  wang bantuan tersebut di ibu negara itu semalam.

Menurutnya, masalah kewangan kian meruncing sejak kebelakangan ini sehingga kerajaan tidak mampu membayar gaji kakitangannya seramai 150,000 orang.

"Jika krisis kewangan ini berterusan, lebih 1.5  daripada empat juta rakyat Palestin berada dalam kemiskinan," katanya.

Beliau berkata, ia juga dilihat mampu menyumbang kepada perpecahan di kalangan pihak berkuasa Palestin. - AP