Tuesday, February 12, 2013

Curiosity gerudi Planet Marikh



Gambar fail menunjukkan lengan robotik perayau Curiosity melakukan kerja menggerudi  di permukaan Planet Marikh, manakala gambar kecil, lubang yang berjaya digerudi. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan lengan robotik perayau Curiosity melakukan kerja menggerudi di permukaan Planet Marikh, manakala gambar kecil, lubang yang berjaya digerudi. - Foto AFP
Pasadena: Robot perayau milik Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) buat kali pertama berjaya menggerudi permukaan planet Marikh menggunakan lengan robotiknya dan mengumpul sampel dari bahagian dalamnya.

Ini adalah kali pertama sebuah robot menggerudi ke dalam batuan untuk mengumpul sampel tanah di Marikh.
Lubang baru itu sedalam kira-kira 1.6 sentimeter lebar dan 6.4 sentimeter di dalam batuan sedimen halus, boleh dilihat di dalam imej dan data lain Curiosity yang dipancarkan ke bumi Sabtu lalu.

Batuan itu dipercayai dapat memberi bukti mengenai persekitaran lembap yang hilang. Dalam pencarian bukti itu, Curiosity akan menggunakan peralatan makmal untuk menganalisis serbuk batuan yang dikumpul hasil penggerudian.

Robot planet yang paling canggih pernah direka kini mengendalikan makmal analisis sepenuhnya di Marikh. Ini adalah pencapaian terbesar untuk pasukan Curiosity sejak pendaratan kren udara Ogos lalu, hari yang amat dibanggakan buat Amerika, kata pentadbir bersekutu NASA untuk Direktorat Misi Sains, John Grunsfeld.

Curiosity dilancarkan dari Cape Canaveral pada 26 November 2011 dari atas kapal angka MSL dan berjaya mendarat di kawasan Aeolis Palus di Gale Crater di permukaan Mars pada 6 Ogos 2012.
Agensi

No comments:

Post a Comment