Tuesday, February 12, 2013

Mahkamah luluskan tukar jantina anak



Bogor: Sebuah mahkamah rendah semalam membenarkan pasangan suami isteri Achmadi dan Tugini menukar nama serta jantina anak mereka di sijil kelahiran.

Hakim Ronald Lumbuun, membenarkan nama Anindya Thalita Putri, 5, menjadi Azriel Anindya Putra, manakala jantina asal pada dokumen kelahirannya ditukar menjadi lelaki daripada perempuan. “Kebenaran ini diberikan selepas membuat pertimbangan daripada aspek perubatan dan agama,” katanya. Dalam perbicaraan, mahkamah turut mendengar keterangan seorang doktor yang menjalankan pembedahan pada alat kelamin Anindya, Jose Batubara.


Kata Jose, budak lima tahun itu tidak memiliki sel telur dan hormon esterogen yang membolehkan dia memiliki payu dara.



Justeru, kata Jose, budak terbabit perlu menjalani pembedahan menukar jantina. Seorang lagi saksi ialah pakar undang-undang Islam, Syaiful Anwar.


Kata Syaiful, walaupun menukar jantina dengan alasan nafsu atau duniawi haram, hukum itu menjadi sebaliknya jika dibuat berdasarkan keperluan perubatan. Saksi lain berkata, tingkah laku Anindya memang menunjukkan ciri seorang budak lelaki, sama ada cara berpakaian atau kecenderungan bermain. - tribunnews.com

No comments:

Post a Comment