Ketua pembangkang dakwa Damsyik enggan bincang
Moaz Al-Khatib
BEIRUT - Pemimpin Pembangkang Syria, Moaz Al-Khatib mendakwa, rejim Presiden Bashar al-Assad, memberikan respons negatif sekali gus menyulitkan usaha untuk mengadakan rundingan damai bagi menamatkan konflik yang berlanjutan hampir dua tahun itu.

“Rejim memberikan mesej dingin dan sangat negatif dalam tawaran dialog itu,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, Khatib bersetuju mengadakan rundingan damai dengan syarat rejim Assad perlu pembebasan 160,000 tahanannya.

Jumaat lalu, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi berkata, kerajaan bersetuju mengadakan dialog dengannya tetapi tidak bersetuju dengan prasyarat dikemukakan itu. - AP