Monday, February 25, 2013

Desak boikot pilihan raya




25 Februari 2013
KAHERAH - Ketua Pembangkang, Mohamed ElBaradei memboikot Pilihan Raya Mesir dijadualkan 27 April depan kerana tarikh pengundian itu bertembung dengan cuti khas bagi penganut Kristian di negara tersebut.

“Saya mengulangi desakan tidak menyertai sebahagian daripada pilihan raya itu kerana ia disifatkan sebagai agenda menipu rakyat dan tidak demokrasi,“ katanya dalam laman sosial Twitter.

Pemimpin dalam Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang juga bekas menteri luar, Amr Mussa berkata, sehingga kini ramai pembangkang cenderung memboikot pilihan raya yang berlangsung dalam empat pusingan itu.

“Segala keputusan penukaran tarikh belum dimuktamadkan tetapi kerajaan bersedia meneliti masalah ditimbulkan oleh pembangkang,” katanya.

Menurutnya, terdapat kumpulan besar mahu memboikot pilihan raya itu, tetapi ia belum dibincangkan dan tiada keputusan rasmi diambil.

Awalnya, kerajaan pimpinan Muhammad Mursi mengumumkan  pilihan raya ditetapkan pada 27 April, namun tarikh itu dikatakan bertembung dengan cuti Hari Easter.

Dalam kenyataan terbaru, kerajaan menetapkan tarikh baru permulaan pilihan raya adalah 22 dan 23 April. - AFP

No comments:

Post a Comment