“Lapangan terbang Tunis-Carthage dibuka namun banyak penerbangan dibatalkan,” kata seorang pegawai Tunisair kepada AFP.
Mogok itu digesa Kesatuan Awam Pekerja Tunisia seramai 500,000 anggota sempena upacara pengebumian Chokri Belaid, seorang peguam dan pengkritik lantang pemerintah parti Ennahda ditembak mati di luar rumahnya Rabu lalu oleh seorang lelaki bersenjata.
Dua hari pertempuran
Pembunuhan pemimpin pembangkang popular itu mencetuskan dua hari pertempuran di seluruh negara antara polis dan penyokong pembangkang, menyebabkan sejumlah besar cedera dan seorang anggota polis maut. - AFP
INFO: Chokri Belaid Pemimping pembangkang Tunisia meninggal dunia selepas ditembak empat kali di kepala dan dada 6 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment