KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi membuat keputusan mengubah tarikh pilihan raya parlimen - lebih awal iaitu 22 April ini secara berperingkat-peringkat, bukan 27 April seperti yang direncanakan sebelum ini.

Jurucakap presiden berkata, keputusan itu dibuat susulan aduan daripada puak Kristian Koptik yang tidak berpuas hati dengan tarikh asal.

Terdahulu, tokoh pembangkang terkemuka turut memboikot pilihan raya yang bakal diadakan di negara itu.

Pilihan raya umum parlimen ini merupakan yang pertama sejak Mohammed dipilih sebagai Presiden Mesir Jun lalu.

Dewan Perundangan pula akan bersidang mula 6 Julai.

Perlembagaan baru yang digubal Disember lalu turut mengundang kontroversi.