SNC boikot mesyuarat
Serangan peluru berpandu Scud meranapkan bangunan kediaman.
DAMSYIK - Kumpulan pembangkang terkemuka, Gabungan Pembangkang Syria (SNC) mengumumkan menarik diri daripada menyertai mesyuarat Rakan Syria yang bakal diadakan di Rom, Rusia dan Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Jurucakap SNC berkata, mereka bertindak sedemikian kerana mendakwa pihak antarabangsa hanya mendiapkan diri selepas puluhan orang awam terbunuh dalam satu serangan mortar di Aleppo.

Lapor kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria, sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam dua bedilan roket yang turut meranapkan bangunan kediaman di timur Aleppo, kelmarin.

"Ratusan penduduk mati akibat serangan peluru berpandu Scud. Bandar dan tamadun kami, Aleppo dimusnahkan penyerang yang bersistematik.

"Pemimpin Rusia sepatutnya bertanggungjawab terhadap kemusnahan ini kerana mereka yang membekalkan senjata kepada tentera Presiden Bashar al-Assad," katanya.

Pertubuhan Rakan Syria merupakan gabungan puluhan negara dalam mencari jalan penyelesaian bagi krisis di negara itu. - Al-Jazeera