Kate Middleton
Kate Middleton
LONDON - Rancangan Kate Middleton untuk bercuti dengan tenang terganggu apabila sebuah majalah menerbitkan dua foto yang menunjukkan beliau, yang kini hamil, dalam bikini di pantai bersama suaminya Putera William.

Majalah Itali, Chi memaparkan foto Duchess of Cambridge yang hanya mengenakan bikini berwarna biru.

Penerbitan itu diprotes oleh pihak istana.

“Kami kecewa kerana majalah itu menerbitkan foto yang sepatutnya menjadi percutian peribadi pasangan diraja dan diterbitkan di luar negara. Ia juga jelas melanggar hak privasi pasangan ini,” kata jurucakap istana, St James dalam satu kenyataan semalam, seperti dipetik Shine.

Gambar-gambar itu menunjukkan Kate dengan rambut semula jadinya yang kerinting dan berjalan di sepanjang pesisir pantai di Pulau Caribbean bersama William.

Kate yang hamil sering mendapat perhatian media kerana bentuk badannya berubah dan foto terbaru menunjukkan beliau hamil.

Majalah itu dilaporkan sanggup membayar sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta) bagi mendapatkan foto eksklusif itu.

Chi juga pernah menerbitkan 18 foto Kate tidak memakai bra September lalu.

Kate telah mengambil tindakan mahkamah tahun lalu.