Friday, February 15, 2013

Tahanan Uighur dilapor hilang



TOKYO 14 Feb. - Seorang daripada enam lelaki etnik Uighur yang ditempatkan semula di Palau, selepas dibebaskan dari penjara tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo dilaporkan hilang.
Timbalan ketua turus kepada Presiden Palau, Rhinehart Silas berkata, Adel Noori yang menetap di kepulauan itu sejak dibebaskan pada 2009, dilaporkan hilang sejak hujung tahun lalu.
Katanya, Adel yang dipenjara selama lapan tahun di Teluk Guantanamo kerana mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas tidak mempunyai pasport dan masih tidak jelas ke mana lelaki itu pergi.
Tambahnya, kerajaan baru mendapat maklumat tentang kehilangan Adel dan sedang menyiasat perkara itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130215/lu_07/Tahanan-Uighur-dilapor-hilang#ixzz2KyYMoj32
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment